Skip to main content

SUKMA

Ratu pecut Sukma Selangor 2026 sambung pengajian sukan

Sukma

Setelah membuat kejutan untuk bergelar ratu pecut Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026, Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira, tidak mengambil tempoh yang lama untuk memulakan fasa baharu sebagai atlet profesional dengan memberi fokus untuk menyambung pengajian akademik, sekali gus memperkukuhkan dirinya ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Terkini sebaik sahaja temasya dwitahunan itu melabuhkan tirai, atlet berusia 18 tahun terus mendaftarkan diri di Kolej Universiti TATI (UC TATI) yang terletak di negeri kelahirannya sendiri untuk memulakan pengajian Diploma Sains Sukan dan Rekreasi yang akan bermula pada September ini.

"Tidak dinafikan terdapat lain-lain pilihan untuk saya menyambung pengajian sama ada di dalam negara mahupun di luar negara namun pilihan IPT yang boleh menyokong saya dalam karier sukan adalah tumpuan utama ketika ini," ujarnya yang juga merupakan pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Haji Abdul Rahman Limbong, Kuala Terengganu setelah menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berkeputusan 9A pada April tahun ini.

Pandangan itu disambut positif oleh Rektor UC TATI, Prof. Ir. Dr Hairul Azhar Abdul Rashid, di mana menjelaskan program pengajian secara inklusif kepada atlet-atlet sepenuh masa mahupun separuh masa memberi tambah nilai untuk menamatkan pengajian dalam tempoh masa sepatutnya tanpa perlu terpaksa menangguh pengajian oleh kerana komitmen dengan program atau kem latihan sukan yang perlu disertai oleh mereka.

"Terkini terdapat atlet yang juga pelajar di UC TATI ini berjaya menamatkan pengajian sebelum Sukma Selangor 2026 itu bermula malah atlet ini juga di antara atlet yang menaiki podium untuk pingat masing-masing. Ianya memberi satu penanda aras buat atlet yang berjaya menamatkan pelajaran itu sendiri dan juga untuk kami dari UC TATI ini.

"Kami memahami keperluan setiap atlet yang perlu memberi komitmen tinggi untuk membahagikan jadual di antara program latihan dan kelas pembelajaran masing-masing. Oleh itu sistem pengajian di UC TATI ini diolah sebaik mungkin mengikut acuan keperluan atlet-atlet yang menyambung pengajian di sini," berkata Prof. Ir. Dr Hairul Azhar Abdul Rashid.

Tambahnya lagi, kecemerlangan dalam akademik dan sukan ini juga melayakkan Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira untuk menerima biasiswa sepenuhnya dari Yayasan Terengganu dan juga program biasiswa sukan dari UC TATI itu sendiri.

Program pengajian Diploma Sains Sukan dan Rekreasi yang mula ditawarkan oleh UC TATI sejak 2025 kini mula mendapat perhatian atlet-atlet di dalam dan luar negeri Terengganu di mana Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira di antara kelompok pelajar yang akan memulakan semester baru pada September ini.

Antara bekas pelajar di sini adalah pemenang pingat emas angkat berat Muhammad Shah Jeh'an Syamsul Bahri dan Muhammad Fahrin Aiman Yusmizan yang juga mencipta sensasi merangkul dua pingat emas bagi acara 5000 meter dan 3000 meter merupakan di antara pelajar-pelajar UC TATI yang menamatkan pengajian sebelum temasya Sukma Selangor 2026 membuka tirai. 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video

Advertisement