Akibat kecederaan yang memaksanya meninggalkan gelanggang selama lebih dua tahun, ratu joget ONE Championship, Stamp Fairtex, kembali mewarnai gelanggang seni bela diri.
Terkenal dengan walkout dance yang menjadi trademark Stamp, peminat mengelarkan dia sebagai ‘Stamp Dance’.
Advertisement
Memiliki karakter yang ceria, Stamp telah mengharumkan nama Thailand selepas muncul sebagai atlet seni bela diri pertama ONE Championship yang menang dua gelaran dunia serentak iaitu atomweight Muay Thai dan Atomweight Kickboxing.
Namun, dia mengakui dirinya belum berada di tahap terbaik ketika pertarungan comeback baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, ini menunjukkan bahawa walaupun atlet terkenal, mereka juga manusia dan kembali beraksi selepas mengalami kecederaaan bukanlah mudah.