Skip to main content

Permotoran

RASMI! Sepang terus jadi pentas MotoGP dunia, Malaysia sambung kontrak hingga 2031

RASMI! Sepang terus jadi pentas MotoGP dunia, Malaysia sambung kontrak hingga 2031

Malaysia akan terus menjadi tuan rumah salah satu pusingan Kejuaraan Dunia MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sehingga tahun 2031, selepas kerajaan meluluskan lanjutan kontrak penganjuran selama lima tahun.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, Jemaah Menteri telah meluluskan lanjutan perjanjian penganjuran bermula dari musim 2027 hingga 2031.

Keputusan itu memastikan Malaysia terus kekal dalam kalendar MotoGP, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sepang sebagai antara litar ikonik dalam kejuaraan perlumbaan motosikal paling berprestij di dunia.

Litar Antarabangsa Sepang mula menjadi tuan rumah MotoGP pada 1999 dan hanya terlepas menganjurkan perlumbaan pada musim 2020 serta 2021 susulan pandemik COVID-19.

Sepanjang lebih dua dekad penganjurannya, Grand Prix Malaysia berjaya menarik kehadiran ratusan ribu peminat dari dalam dan luar negara, selain memberi impak positif kepada sektor pelancongan, ekonomi dan pembangunan industri sukan permotoran tempatan.

Bagaimanapun, KBS tidak mendedahkan jumlah kos yang akan ditanggung kerajaan bagi menganjurkan perlumbaan tersebut di bawah perjanjian baharu.

Sebelum ini, beberapa pegawai memaklumkan bahawa yuran penganjuran MotoGP meningkat antara 10 hingga 15 peratus selepas kontrak terdahulu diperbaharui pada 2024.

Lanjutan kontrak sehingga 2031 dijangka memberi manfaat besar kepada Malaysia dalam usaha memperkukuhkan reputasi negara sebagai destinasi utama sukan permotoran dunia, selain terus merancakkan ekonomi menerusi kemasukan pelancong dan penganjuran acara bertaraf antarabangsa di Litar Antarabangsa Sepang.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

Related Topics

Must Watch Video