Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, sah melangsungkan perkahwinan dengan teman wanita lamanya, Georgina Rodriguez, dalam satu majlis tertutup di Cascais, menurut pihak pengurusannya semalam.
Penyerang berusia 41 tahun itu merupakan salah seorang pemain bola sepak yang paling berprestij, memenangi trofi di Manchester United, Real Madrid, Juventus dan kelab semasa Al-Nassr di Arab Saudi.
Pemenang Ballon d'Or lima kali itu telah menjalinkan hubungan dengan Rodriguez sejak 2016.
Hari paling bahagia itu tiba selepas pertunangan pada tahun lalu meskipun sudah lama berkongsi kehidupan sama di bawah satu rumah.
Ronaldo memilik empat cahaya mata termasuk Cristiano Jr yang dilahirkan pada 2010 sewaktu bercinta bersama seorang model dari Rusia, Irina Shayk.
Ketua pasukan Al-Nassr itu juga mempunyai dua anak perempuan, Eva Maria dan Alana Martina, serta putera bongsunya, Mateo Ronaldo.