Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini meluluskan untuk menggunakan format baru dalam sukan badminton dengan sistem kiraan pemarkahan 15 mata (3x15) bermula Januari 2027.
Keputusan itu diambil selepas Mesyuarat Agung BWF ke-87 di Horsens, Denmark, dengan sistem baru ini berformat 3x15 dimana pemain perlu meraih 15 mata untuk memenangi set pertama dan pemenang kedua-dua set akan memenangi perlawanan.
Advertisement
Presiden BWF, Khunying Patama Leeswadtrakul, berkongsikan perubahan itu merupakan dimensi baru buat sukan badminton lebih kompetitif selain mengambil kira pemulihan pemain.
📢 The #BWF membership has voted to approve the adoption of the 3×15 scoring system.
Read more 👉 https://t.co/DkFphb3fgo#badminton pic.twitter.com/18o22irlHf— BWF (@bwfmedia) April 25, 2026
"Kami sedang membina sukan yang sesuai dengan generasi akan datang, selain terus melabur dalam masa depan jangka panjang pemain.
"Sistem pemarkahan 3x15 bertujuan memberikan saingan badminton lebih menari dan kompetitif, penjadualan lebih baik, tempoh perlawanan lebih konsisten dan memberikan manfaat untuk kebajikan dan pemulihan pemain." katanya.
Sistem pemarkahan 3x15 itu akan berkuatkuasa pada hari Isnin 4 Januari 2027.