Skuad hoki remaja lelaki negara secara rasmi melayakkan diri ke saingan Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja FIH 2027 secara merit.
Perkara itu selepas kejayaan skuad Young Tigers menewaskan China 1-0 dalam saingan Pool B, perlawanan keempat, Piala Asia Remaja 2026 di Moqi, China, sebentar tadi.
Gol tunggal Malaysia hasil jaringan penyerang negara, Muhammad Safwan Salihe pada minit kelapan.
Malaysia akan meneruskan cabaran di separuh akhir bertemu Indoa pada Jumaat ini.