Perkembangan semasa mengenai kemalangan jalan raya melibatkan atlet angkat berat negara, Muhammad Hafizuddin Roslin, yang telah selesai menjalani pembedahan.
Wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, memuat naik perkongsian terkini keadaan pemenang pingat emas Sukan Komanwel Glasgow 2026 yang berada di hospital bersama Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari, sebentar tadi.
'Udin masih bersemangat dan tersenyum ketika bertemu tadi' - Menteri Belia dan Sukan Dr Taufiq Johari Mohammed. Jumlah pampasan buat Hafizuddin : PERKESO - RM 39 ribu ringgit Pampasan bulanan - RM 900 Insurans Kelompok MSN - RM 120,000 Syafakallah Udin https://t.co/Z8rKqOzAM1
— FinaNasrom (@fnasrom) November 18, 2026
Badang negara itu terpaksa kehilangan tangan kanannya berikutan salur darah dan sistem saraf pada bahagian tersebut yang tercedera tidak lagi berfungsi.
Saranan itu dibuat bagi menyelamatkan nyawa atlet berusia 22 tahun itu.
Terdahulu, dia dipercayai terbabas daripada motosikal sebelum mengalami kecederaan serius, termasuk patah tulang tangan kanan serta kecederaan pada bahu kanan dan kepala.
Dia kemudiannya ditidurkan bagi membolehkan rawatan intensif diteruskan sebelum meneruskan pembedahan oleh pasukan perubatan.
Hafizuddin atau mesra disapa Udin mencipta rekod kebangsaan baharu acara snatch menerusi angkatan 162 kilogram, selain rekod baharu Sukan Komanwel dalam kategori berkenaan.
Semoga yang baik-baik sahaja buat Udin. Teruskan bersama Stadium Astro untuk perkembangan seterusnya.