Skip to main content

Bola Sepak

Rasmi: FIFA mengganas! Pemain digantung serta merta, naib juara Piala Dunia 2026 bergegar

SOCCER-WORLDCUP-ESP-ARG:Soccer-Paredes banned for 10 games after World Cup final fracas, Argentina fined

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa malam tadi mengumumkan beberapa bentuk hukuman ke atas naib juara Piala Dunia 2026, Argentina, atas pelbagai salah laku melibatkan para pemainnya sepanjang kempen tersebut bulan lalu.

Pada asalnya, pasukan ranking kedua dunia itu diarahkan beraksi tanpa penonton bagi dua perlawanan antarabangsa di laman sendiri, namun FIFA dilihat meringakan denda berkenaan sebaliknya hanya membenarkan kemasukan 50 peratus (%) penyokong.

Pemain paling mencuri tumpuan, Leandro Paredes, disahkan menjalani penggantungan 10 perlawanan susulan pergaduhan bersama beberapa tonggak Sepanyol dalam final Piala Dunia 2026 baru-baru ini.

Dia turut didenda dengan bayaran RM363,000.

Seorang lagi pemain Argentina, Nahuel Molina, turut menerima penggantungan tujuh perlawanan selain didenda RM363,000.

Bintang Barcelona, Pablo Martin Paez Gavira atau lebih dikenali sebagai Gavi, juga digantung satu perlawanan dan dikenakan denda RM121,000.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video