Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan dalam surat rasminya yang viral di media sosial memaklumkan bahawa skuad bola sepak bawah 15 tahun (B-15) negara akan menyertai Kejohanan Festival Piala Dunia FIFA di Azerbaijan bulan depan.
Harimau Muda akan mengadakan kem latihan pusat di Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Gambang, Pahang sebagai persiapan menghadapi pertandingan pada 22 hingga 31 Oktober itu.
Setakat ini, butiran mengenai siapakah pemain yang akan dipanggil belum diketahui setakat ini.
Malaysia U-15 will compete in the FIFA U-15 World Cup & Festival 2026 in Azerbaijan next month. The tournament takes place from 22–31 October 2026.#HarimauMuda pic.twitter.com/1Kh2nKNGyk
— HarimauMYstats (@HarimauMYstats) September 9, 2026
Malah, penyertaan lawan dari negara lain juga tidak diketahui,
Bagi memenuhi keperluan pembangunan pemain B-15, penganjuran edisi sulung itu menyaksikan tempoh perlawanan akan lebih pendek dan akan dimainkan di padang yang lebih kecil, manakala pasukan akan terdiri daripada antara tujuh dan sembilan pemain setiap pasukan.