Selamat datang Takayoshi Ishihara atau lebih dikenali sebagai Taka!
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam mengumumkan bahawa pengendali berasal dari Jepun itu akan menjadi ketua jurulatih skuad bola sepak wanita bawah 17 tahun (B-17) negara.
Antara pencapaian terbesar dalam kerjaya jurulatih berusia 49 tahun itu adalah ketika membimbing INAC Kobe Leonessa pada 2013.
Di bawah kendaliannya, kelab berkenaan menjuarai empat kejohanan utama dalam satu musim iaitu Nadeshiko League, Nadeshiko League Cup, International Women’s Club Championship dan Empress’s Cup.
Terdahulu, bagi kategori wanita B-16 kebangsaan, Fairuz Montana Zainal Abidin dilantik bagi mengetuai pasukan menghadapi Piala Srikandi Merdeka 2026 bulan lalu.
Malah, Leila Chua turut menggalas tanggungjawab membawa skuad wanita B-16 negara juga ke Kejohanan Asia Tenggara (ASEAN) B-16 pada tahun lalu.
Dengan kehadiran Taka, dijangka akan memperkuat ubi muda tersebut untuk menjadi pelapis kepada Malayan Tigress.
Ishihara akan dibantu oleh dua jurulatih berpengalaman dari Jepun iaitu Ito Mizuki yang menggalas tugas sebagai penolong ketua jurulatih manakala Mayu Hinada dilantik sebagai jurulatih kecergasan.