Skip to main content

Renang

Rasmi: Akuatik Malaysia lantik Michael Kinross sebagai ketua jurulatih kebangsaan yang baharu

kimn

Akuatik Malaysia (MAS) hari ini mengumumkan pelantikan Michael Kinross sebagai ketua jurulatih kebangsaan buat pasukan renang yang baharu berkuatkuasa pada 1 Mei 2026.

Kinross menyertai MAS selepas berkhidmat di Universiti Pittsburgh sebagai sebahagian daripada Program NCCA Divisyen 1 di bawah kendalian Chase Kreitler.

Advertisement

Menurut MAS, pelantikan itu bagi melahirkan lebih ramai atlet negara yang mampu bersaing di peringkat Olimpik.

Pelantikan Kinross juga merupakan sebagai langkah penting ke hadapan dalam komitmen MAS membina program renang berprestasi tinggi yang mampan yang berakar umbi dalam laluan pembangunan atlet yang kukuh, sistem berasaskan data dan kepakaran kejurulatihan bertaraf dunia.

"Saya berbesar hati untuk menerima peluang untuk berkhidmat sebagai jurulatih skuad renang kebangsaan Malaysia. Ini merupakan Langkah yang menarik dalam kerjaya saya.

"Saya bersemangat untuk memimpin , membantu membina program dan menyumbang kepada pertumbuhan berterusan sukan renang di Malaysia dengan memanfaatkan pengetahuan serta pengalaman yang telah saya bina sepanjang karier dalam renang kompetitif.

"Saya berterima kasih kepada Megan Oesting, Akuatik Malaysia dan Majlis Sukan Negara atas kepercayaan dan keyakinan mereka terhadap saya untuk memikul peranan ini." katanya.
 

Must Watch Video