Legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek, menegaskan bahawa Datuk Misbun Sidek, kekal menyayangi malaysia walaupun selepas ini bakal ke India sebagai jurulatih salah sebuah kelab badminton elit.
Menurut Rashid, abangnya mempunyai hak untuk menyebarkan ilmu dan pengalaman yang dimilikinya kepada pihak yang memerlukan, tanpa menafikan sumbangannya kepada negara.
Advertisement
"Dia ada banyak ilmu.
"Kalau boleh, dia pergi curah kepada siapa yang mahu.
"Tidak kira di negara luar sekalipun.
"Orang menghargai pengalamannya. Jadi, kenapa tidak?
"Namun, semangatnya tetap untuk Malaysia," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.
Rashid turut berpendapat kehadiran Leong Jun Hao sebagai wakil tunggal perseorangan lelaki ke Kejohanan Seluruh England 2026 perlu diberi perhatian serius.
Jun Hao diharap dapat berlatih dengan lebih keras, meningkatkan usaha, dan mencipta sensasi demi mengharumkan nama Malaysia di pentas kejohanan berprestij itu.