Karim Benzema tidak meneruskan kontrak bersama Al-Ittihad, sekali gus memilih untuk bergabung dengan satu lagi gergasi bola sepak Arab Saudi, Al-Hilal, berkuatkuasa serta merta awal pagi tadi.
Menerusi carian di Internet, difahamkan sebab utama pemain kebangsaan Perancis itu meninggalkan Ittihad kerana mengalami ketegangan bersama pihak pengurusan berikutan perjanjian 'tidak masuk akal'.
Advertisement
Penyerang berusia 38 tahun itu mendakwa bahawa mereka tidak menghormatinya apabila tidak menawarkan kenaikan gaji berbanding perbincangan sebelum ini.
🚨💣 BREAKING: Karim Benzema signs in as new Al Hilal player from Al Ittihad, HERE WE GO! 🔵🇸🇦
Former Ballon d’Or leaves Al Ittihad to join Inzaghi’s project at Al Hilal with immediate effect.
Benzema agreed on all terms tonight. 🇫🇷 pic.twitter.com/eJdcEteWHk— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) February 2, 2026
Bekas bintang Real Madrid itu kemudiannya membuat keputusan untuk meninggalkan kelab itu dan menandatangani bersama Al-Hilal sehingga Jun 2027.
Sepanjang bersama Al-Ittihad, pemenang Ballon d'Or itu telah bermain dalam 83 perlawanan dan mencatatkan 54 jaringan. Masa yang sesuai untuk kedua-dua pihak apabila Al-Hilal turut meneruskan cabaran dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dan mahu mengekalkan kedudukan nombor satu dalam carta domestik.