Skip to main content

Bola Sepak

Rasa syukur dapat kembali bersama skuad kebangsaan selepas dua tahun -- Syahmi Safari

sywh

Pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Syahmi Safari, teruja selepas namanya kembali berada dalam senarai skuad Harimau Malaya selepas hampir dua tahun bergelut dengan kecederaan.

Dia antara dua muka baru selain Feroz Baharudin yang dipanggil ketua jurulatih, Peter Cklamovski, bermula Isnin menjelang perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 Kumpulan F bertemu pasukan Vietnam di Stadium Thien Truong, Nam Dinh, Selasa depan.

Advertisement

"Memang rasa bersyukur dan rezeki saya lah dapat kembali bersama skuad kebangsaan selepas lebih daripada dua tahun. Ini waktu dan peluang terbaik buat saya." katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

 

 

 

Untuk rekod, pemain berusia 28 tahun itu difahamkan mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) sekali gus menyaksikan dia terpaksa mengakhiri kempen Liga Super 2024/25 sebelum lebih awal dan menjalani pembedahan di Sepanyol sebelum pulih sepenuhnya ketika ini.

Laporan penuh di Nadi Arena malam ini.

Must Watch Video