Berdasarkan kemaskini terbaru Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menyaksikan ranking skuad bola sepak wanita negara mengalami kejatuhan paling ketara iaitu sebanyak enam anak tangga.
Malaysia kini berada di ranking 101 dunia dengan mengumpul 1184.46 mata berbanding ranking ke-95 sebelum ini.
Kejatuhan itu susulan dalam lima perlawanan terakhir menyaksikan Malaysia tewas tiga perlawanan dan hanya melakar satu kemenangan dan satu seri.
Skuad Malayan Tigress hanya meraih penambahan +1.33 mata daripada lima aksi terakhir itu.
Keputusan lima aksi terakhir:
Malaysia 1-0 Arab Saudi
Malaysia 0-2 Arab Saudi
Malaysia 1-3 Singapura
Malaysia 1-1 Laos
Malaysia 0-2 Palestin
