Selain proaktif memperkasa pembangunan bola sepak akar umbi, Super Safee Soccer School bersama kelab pemilik kenderaan terkenal turut menganjurkan program khidmat masyarakat (CSR) buat penduduk setempat.
Gabungan komuniti automotif fan institusi pembangunan sukan itu mencipta impak besar apabila mengadakan aktiviti gotong-royong dan pengagihan bubur lambuk di Surau Al Hidayah.
Advertisement
"Ramai yang hadir membantu kami dari pagi hingga ke petang.
"Pengagihan sekitar 2,600 bekas bubur lambuk berjaya dilaksanakan," kata Presiden Kelab Pemilik Mercedes-Benz Utama Selangor, Iftitah Abd Latif.
"Tujuan saya menubuhkan akademi ini bukan sahaja mengenai bola sepak.
"Tetapi gabungan antara komuniti yang menyatupadukan penduduk sekitar," kata bekas bintang Harimau Malaya, Safee Sali.