Skip to main content

Tenis

Raket: Wang hadiah ditarik, pemain ranking kelima dunia disingkirkan serta merta

TENNIS-BEIJING:Tennis-Medvedev disqualified from China Open semi after injuring spectator with ball
Advertisement

Bintang kelahiran Rusia, Daniil Medvedev, disingkirkan daripada perlawanan separuh akhir tenis Terbuka China menentang Novak Djokovic selepas memukul bola yang melantun semula ke arah penyokong, lalu mengenai mata seorang penonton.

Pemain nombor lima dunia itu sedang ketinggalan 7-5, 5-3 dan baru sahaja kehilangan satu mata apabila dia memukul bola yang melantun keluar dari dinding gelanggang.

Advertisement

Penonton tersebut memegang mata kirinya dan kelihatan menahan kesakitan ketika berjalan keluar dari kawasan penonton dengan bantuan kakitangan stadium.

Medvedev tidak membantah keputusan pengadil untuk menyingkirkannya. Dia akur akan kehilangan mata dan wang hadiah kejohanan akibat penyingkiran tersebut.

Advertisement

"Saya sedang cuba menghubunginya, jika dia bersetuju.

"Harapnya saya dapat memohon maaf secara bersemuka dan mengetahui keadaannya."

Bekas juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) berusia 30 tahun itu berkata dia tidak menyebabkan kejadian tersebut secara sengaja.

"Bola itu melantun semula, jadi saya cuba memukulnya ke mana sahaja supaya ia tidak keluar dari gelanggang.

"Apabila melihat kesannya, saya berasa sangat kesal kerana, sekali lagi, saya tidak pernah berdepan situasi sebegini sebelum ini."

Sementara itu, Djokovic memenangi gelaran ketujuhnya selepas pemain Australia, Alex de Minaur, menarik diri akibat kecederaan pangkal paha semasa perlawanan akhir semalam.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video