Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Rakan sepasukan mahu Cristiano rangkul gelaran itu -- Quaresma yakin Portugal mampu tunaikan impian Ronaldo

siu

Bekas pemain sayap Portugal, Ricardo Quaresma, percaya rakan sepasukan, Cristiano Ronaldo, akan memberikan segala-galanya untuk memastikan pemain legenda itu menjulang trofi Piala Dunia yang amat diidamkan sebelum bersara.

Pada usia 41 tahun, pemenang Ballon d'Or lima kali itu kini sedang mempersiapkan diri untuk membuat penampilan rekod kali keenam di pentas tertinggi FIFA tersebut.

Advertisement

Dengan rekod 226 kaps antarabangsa dan 143 gol, Ronaldo sebelum ini telah mengecap kegemilangan di Eropah apabila membantu Portugal memenangi Euro 2016 serta menjulang trofi Liga Negara-Negara UEFA.

Meskipun kini sedang bergelut dengan kecederaan yang menyebabkannya tersisih daripada skuad terbaharu kendalian Roberto Martinez, Ronaldo masih membuktikan ketajamannya di Arab Saudi bersama Al-Nassr dengan mengekalkan kadar jaringan yang prolifik.

Martinez sebelum ini memberi bayangan bahawa Ronaldo tetap menjadi pilihan utama dalam kesebelasan permulaannya, sambil menegaskan tiada sebab untuk mengenepikan pemain berstatus terbaik sepanjang zaman itu daripada perancangan besarnya.

Menurut Quaresma, kualiti yang dimiliki Portugal ketika ini yang dibarisi bintang seperti Ruben Dias, Bruno Fernandes dan Vitinha memberi isyarat jelas bahawa mereka mampu mencabar kejuaraan dunia.

"Pasukan mempunyai kemahuan yang lebih kuat untuk menang kerana adanya Cristiano. Ini adalah Piala Dunia terakhirnya dan rakan sepasukan mahu Cristiano memenangi gelaran itu.

"Jangkaan sangat tinggi kerana mereka mempunyai kualiti untuk melakukannya. Jika mereka tidak memiliki kualiti, kita tidak akan meletakkan harapan setinggi itu," kata Quaresma. -- Sinar Harian

Must Watch Video