Penyerang Isr@3!, Saied Abu Farchi, menerima kad merah selepas meraikan jaringan dengan gaya seolah-olah melepaskan tembakan ketika aksi Liga Negara-Negara menentang Austria, yang menyaksikan Israel tewas 1-3.
Abu Farchi sebelum itu menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-55 menerusi tandukan, selepas Austria membuka jaringan menerusi sepakan penalti Romano Schmid sebelum rehat.
Pemain berusia 20 tahun itu kemudian berlari ke penjuru padang, mengambil bendera penjuru dan membuat isyarat seperti menembak ketika meraikan jaringan.
Pengadil yang sudah melayangkan kad kuning kepada Abu Farchi empat minit sebelum itu, kemudian mengeluarkan kad kuning kedua, sekali gus menyebabkan Israel terpaksa beraksi dengan 10 pemain.
Austria mengambil kesempatan untuk kembali di depan pada minit ke-90 menerusi Phillipp Mwene yang menyudahkan hantaran lintang Paul Wanner.
Sasa Kalajdzic kemudian melengkapkan kemenangan Austria dengan jaringan jarak dekat pada masa kecederaan.
Keputusan itu menyaksikan Austria menutup perlawanan dengan kemenangan 3-1 selepas Israel kehilangan seorang pemain susulan insiden sambutan gol berkenaan.