Skip to main content

Ragbi

Ragbi Selangor Touch Fiesta 2026: Pasukan dari China, Hong Kong tarik diri tapi tidak jejas penganjuran

touch fiesta

Penyertaan dari Hong Kong dan China bagi penganjuran Kejohanan Ragbi Selangor Touch Fiesta 2026 terpaksa ditangguhkan rentetan beberapa isu antarabangsa.

Hasrat untuk melihat lebih banyak penyertaan dari pasukan luar tidak berlaku melibatkan kedua-dua negara ini, yang terpaksa menarik diri di saat akhir.

Pengarah Selangor Touch Fiesta, Amir Affifudin, berkata kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom: "Kami menerima dua pasukan baru musim ini, iaitu dari China dan Hong Kong tetapi disebabkan faktor perang dan sebagainya, mereka tidak dapat hadir.

"Tetapi slot penggantian itu memang sudah ada senarai menunggu, jadi ia sedia diganti.

"Tetapi saya memang amat teruja untuk menerima pasukan dari China dan Hong Kong kerana mereka akan menambah kapasiti pasukan antarabangsa, jadi Insya-Allah, tahun depan mungkin kami dapat menerima kehadiran mereka."

Ketiadaan pasukan dari dua negara itu tidak menjejaskan penyertaan 104 pasukan kelab dari Malaysia, Singapura, Brunei, dan Filipina, yang bakal berentap bagi merebut kejuaraan musim kedua dari 15 hingga 16 Ogos ini, melibatkan pelbagai kategori bermula bawah 10 tahun sehingga kategori terbuka.

Dijangka lebih 8,000 pengunjung akan hadir melibatkan pasukan dari dalam dan luar negara, selain usaha untuk menjadikan kejohanan berkenaan sebagai acara tahunan selepas ini.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video