Skip to main content

Terjun

Quan Hongchan, Olimpian yang tersepit dengan tekanan, bangkitkan isu mental atlet

quan

Penerjun muda China, Quan Hongchan, yang terkenal dengan prestasi cemerlang di pentas Sukan Olimpik, dikatakan sering menerima komen negatif mengenai fizikal dan penampilannya di media sosial sehingga terpaksa mengawal diet dan bentuk badan secara ketat, namun tetap menjadi sasaran kritikan netizen yang tidak berpuas hati.

Walaupun cemerlang di pentas Olimpik, dengan antara pencapaian terbaik pingat emas di Olimpik Tokyo dan dua lagi di Olimpik Paris, bayangkan pengorbanan sebagai atlet muda membawa nama negaranya China, belum cukup menjamin untuk dia tidak diganggu tekanan dan dibuli di media sosial.

Advertisement

Situasi ini membuka mata banyak pihak mengenai realiti sebenar yang dihadapi atlet profesional, apa salahnya menjadi pemangkin semangat atlet negara sendiri daripada menjadi ‘keyboard warrior’? Apa kelebiham mengkritik daripada menyokong individu yang membawa nama negara?

Susulan isu ini, pihak berkuasa sukan China kini mengambil langkah tegas untuk membendung cyberbullying terhadap atlet. Kes Quan Hongchan menjadi peringatan bahawa sokongan moral dan persekitaran positif amat penting dalam memastikan atlet terus bersemangat harungi kerjaya sebagai seorang atlet.

Ini juga peringatan untuk kita semua membina suasana positif dalam misi bantu secara tidak langsung atlet negara raih lebih banyak keputusan positif di masa akan datang hanya dengan berbuat baik.

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video