Skip to main content

Permotoran

Qabil Irfan terus tunjuk perkembangan positif, sasaran kembali beraksi di Motegi

Qabil Irfan terus tunjuk perkembangan positif, sasaran kembali beraksi di Motegi
Advertisement

Pelumba muda negara, Qabil Irfan Azlan, menunjukkan perkembangan positif dalam proses pemulihan selepas mengalami kecederaan patah tulang tibia dan fibula kaki kiri ketika sesi Free Practice 2 (FP2) Moto4 European Cup di Litar Ricardo Tormo, Valencia, Sepanyol 5 September lalu.

Qabil terjatuh ketika melalui selekoh kelima menuju ke selekoh keenam sebelum pelumba di belakangnya gagal mengelak dan melanggar kaki kirinya.

Advertisement

Pelumba berusia 14 tahun itu kemudiannya menjalani pembedahan kira-kira dua jam di Hospital de Manises, Valencia, sebelum dibenarkan pulang ke Malaysia untuk meneruskan proses pemulihan.

Kini, Qabil menjalani program fisioterapi setiap hari di Sepang yang disusun dan diselaraskan ZK Racing bagi membantu mengembalikan kekuatan, pergerakan serta kecergasannya secara berperingkat.

Advertisement

Perkembangan terbaharu menyaksikan Qabil sudah mula melakukan latihan ringan mengikut tahap pemulihan, termasuk berbasikal dan menunggang motosikal secara terkawal sebagai sebahagian daripada usaha membina semula kekuatan fizikal.

Bagaimanapun, Qabil tidak akan mengambil bahagian dalam Pusingan 6 Moto4 European Cup di Aragon, Sepanyol, yang berlangsung pada 25 hingga 27 September ini.

Keputusan itu dibuat bagi memastikan pelumba muda berkenaan diberikan ruang secukupnya untuk pulih dan tidak dipaksa kembali ke saingan kompetitif sebelum benar-benar bersedia.

ZK Racing akan terus memantau perkembangan Qabil, dengan setiap peringkat pemulihan dilaksanakan berdasarkan perkembangan perubatan dan tahap kecergasannya.

Jika proses pemulihan berjalan seperti dirancang serta mendapat pengesahan dan pelepasan pihak perubatan, Qabil disasarkan kembali ke litar menerusi Moto4 Asia Cup di Mobility Resort Motegi, Jepun, dari 2 hingga 4 Oktober 2026.

Sebelum kemalangan, Qabil menunjukkan prestasi kompetitif dalam saingan Moto4 European Cup dan turut meraih dua podium di Pusingan 2 Moto4 Asia Cup di Sepang Ogos lalu.

Justeru, Motegi kini menjadi sasaran seterusnya buat Qabil — namun keutamaan ZK Racing kekal memastikan proses pemulihan berjalan sempurna sebelum pelumba muda itu kembali menggalas cabaran di litar.

ZK Racing turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak, peminat dan penyokong yang terus memberikan sokongan serta doa kepada Qabil sepanjang tempoh pemulihannya.

Sebarang perkembangan lanjut mengenai keadaan dan persiapan Qabil akan disampaikan ZK Racing berdasarkan perkembangan terkini daripada pihak perubatan dan keluarga.
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video

Advertisement