Skip to main content

Ekuestrian

Qabil Ambak anggap darjah kebesaran Pahang penghargaan terbesar sepanjang karier

Qabil Ambak anggap darjah kebesaran Pahang penghargaan terbesar sepanjang karier

Bekas jaguh ekuestrian negara, Qabil Ambak, menyifatkan pengurniaan Darjah Indera Mahkota Pahang sempena ulang tahun keputeraan ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sebagai penghargaan paling bermakna sepanjang perjalanan kariernya.

Menurut Qabil, pengiktirafan itu menjadi simbol penghargaan terhadap lebih tiga dekad pengorbanan dan dedikasinya mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

Sepanjang karier cemerlangnya, Qabil tampil dalam lima edisi Sukan Asia dengan meraih satu pingat emas, tiga perak dan empat gangsa, sekali gus meletakkan namanya sebagai antara atlet ekuestrian terbaik pernah dimiliki negara.

Kini, Qabil memulakan cabaran baharu sebagai jurulatih skuad kebangsaan dengan memberi tumpuan penuh terhadap persiapan menghadapi Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 yang akan berlangsung September depan.

Dua atlet negara yang bakal dibimbingnya ke temasya itu ialah Shoorendran Nageswaran dalam acara showjumping dan Diani Lee bagi disiplin dressage.

Qabil berharap pengalaman luas yang dimilikinya sebagai bekas atlet mampu membantu kedua-dua wakil negara menghadapi cabaran sengit di Jepun, sekali gus meneruskan legasi kecemerlangan ekuestrian Malaysia di pentas Asia.
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video