Skip to main content

Advertisement

Sukan

Pusat Satelit Institut Sukan Negara semakin menyeluruh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ISN

Kewujudan Pusat Satelit ISN yang sudah beroperasi secara rasminya pada 2007 berlandaskan Seksyen 24, akta ISN.

Terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu, sains sukan, perubatan sukan dan teknologi sukan yang berperanan sebagai hub negeri bagi menawarkan perkhidmatan kepada atlet, jurulatih serta program pembangunan.

Advertisement

"Fasa pertama kita mengiktiraf tiga universiti tempatan sebagai pusat satelit iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).

"Fasa kedua melingkupi empat lagi universiti.

"Kriteria pemilihan Pusat Satelit ISN bukan sekadar isi borang. Ada jawatankuasa atau kepakaran yang menilai proses.

"Ia tidak tertumpu kepada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), malah ada beberapa hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut memohon menjadi Pusat Satelit.

"Semua atlet dapat merasai kepakaran sains sukan," kata Ketua Pusat Satelit ISN, Nishel Kumar.

Must Watch Video