Skip to main content

Advertisement

Renang

Punca sebenar bekas atlet menangis di Bukit Bintang

KLP

Bekas atlet renang para negara, Koh Lee Peng, tidak pernah diabaikan mana-mana pihak, malah sering mendapat perhatian badan bertangungjawab antaranya Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).

Sepanjang minggu ini, tular video Koh Lee Peng menangis ketika menjual di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur (KL) -- dan atas faktor itu YAKEB bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol, hadir ke kediaman bekas jaguh negara tersebut.

Advertisement

Difahamkan, tekanan perasaan dalam menjalani kehidupan seharian menjadi punca utama Lee Peng menangis dan bukannya kerana diabaikan.

Susulan kejadian tersebut, YAKEB menghantar Koh Lee Peng mendapatkan rawatan pakar psikiatri di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Kunjungan YAKEB dan Mordi Bimol turut menyalurkan bantuan sebanyak RM1000.00

"Selepas insiden yang tular, ramai orang cuba menyebarkan perkara negatif dengan menyalahkan pihak kerajaan dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kerana tidak menjaga kebajikan atlet.

"Hari ini kami bukan ingin memberi bantuan semata, malah untuk mengetahui apakah sebenarnya berlaku.

"Dia mengaku bukan pertama kali berlaku.  

"Kadang-kadang mengalami tekanan perasaan. Dia cuma mahu melepaskan apa yang difikirkan," katanya. 

Must Watch Video