Skip to main content

Bola Sepak

Pulau Langkawi lokasi legenda Kedah, Singapura berentap buru kejuaraan Langkawi Merdeka Cup Nostalgia 1993

dd

Penaung PBMK merangkap Penganjur Kejohanan Kejohanan Langkawi Merdeka Cup Nostalgia 1993, Datul Zuraidi Rahim, berkongsikan matlamat Utama penganjuran kejohanan itu yang akan berlangsung di Pulau Langkawi, Kedah pada 29 Ogos nanti.

Perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Kompleks Sukan LADA itu selain untuk menyuntik semangat dalam kalangan golongan muda, ia juga menjadi medan bagi nama-nama besar dalam bola sepak Kedah dan Singapura berkumpul kembali.

"Kejohanan Langkawi Merdeka Cup Nostalgia 1993 ini kehadiran nama-nama seperti Faridzuan Che Hamid, Olun Bumi Adigun, Peter Nieketien, Tibor Szaban dan ramai lagi, manakala pihak Singapura sudah tentu Fandi Ahmad, Abbas Saad dan ramai lagi.

"Ini antara pemain legenda pada 1993, ini barisan pemain yang menjadi bualan pada suatu Ketika dahulu, dimana Kedah menjadi juara Piala Malaysia pada ketika itu. Kami tampilkan khas.

"Selepas rakan-rakan berbincang di Singapura, jadi kami ubah angin untuk bermain di Pulau Langkawi. Jadi, mereka juga bersetuju untuk ke Langkawi. Ini elemen suntik semangat legenda Singapura.

"Ketika perbincangan ada pertanyaan saya tanya untuk bawa pemain legenda Kedah, saya lihat pemain pada 1993 Ketika itu ada penampilan. Matlamat Utama saya untuk suntik Kembali nostalgia kepada pemain muda. Ini untuk kembalikan semangat dalam kalangan anak muda, ini Langkah untuk saya bina naratif baru buat pemain muda agar ada semangat untuk menjadi juara." katanya.
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video