Skip to main content

Boling

Pulang selepas harumkan nama Malaysia dari luar negara, jaguh boling tenpin kesal rumah dipecah masuk

gggg

Sejurus pulang sebagai juara Terbuka Singapura minggu lalu, jaguh boling tenpin negara, Rafiq Ismail, diuji apabila kediamannya dipecah masuk dan mengalami kerugian mencecah RM60,000.

Bagaimanapun, insiden tersebut tidak mematahkan semangat pemain berusia 29 tahun itu, sebaliknya menjadi pemangkin terbesar apabila dia berjaya merangkul kejuaraan divisyen campuran dalam Kejohanan Boling Tenpin Terbuka Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 hari ini.

Kejayaan ini melengkapkan hatrik kejuaraan buat Rafiq dalam tempoh tiga minggu berturut-turut selepas dia menjuarai Terbuka Malaysia dan Terbuka Singapura.


"Apabila melihat rentak pemain lain perlahan, saya berasa agak tenang.

"Penat sebenarnya untuk sentiasa kekalkan tumpuan (sepanjang permainan). Sebaik menjamin kemenangan, saya beraksi dengan lebih santai dalam game terakhir," katanya di Nadi Arena.

Pemain yang mewakili Wipers itu mengungguli saingan di Sunway Megalanes dengan jumlah 2020 jatuhan pin untuk mendahului Tun Ameerul Hakim Tun Hasnul Azam dan Megat Zaqrul Haiqal Megat Zairudin, sekali gus mengulangi momentum yang pernah menyaksikannya menjuarai empat kejohanan antarabangsa berturut-turut pada 2019.

Siasatan polis masih berjalan bagi mengenal pasti suspek yang merompak beberapa barangan peribadi termasuk barang kemas, beg tangan serta konsol permainan video yang mempunyai nilai sentimental buatnya.

"Di sebalik kejayaan pulang dari Terbuka Malaysia dan Terbuka Singapura, saya (mendapati) rumah dirompak dan barang berharga hilang.

""Kejayaan ini sedikit-sebanyak kejayaan ini memberi motivasi kepada isteri saya.

"(Malah) PS5 (Playstation 5) -- yang saya tiada kesempatan nak bermain -- merupakan hantaran kahwin, sebab itulah saya agak terkilan," katanya.  

Anda mungkin berminat dengan

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Must Watch Video