PSV Eindhoven dinobatkan gelaran juara Liga Belanda buat kali ketiga berturut-turut selepas pencabar terdekat, Feyenoord gagal melakar kemenangan di Volendam.
Keputusan seri tanpa jaringan PSV -selepas menang 4-3 di laman sendiri- ketika berdepan Utrecht memastikan gelaran juara liga menjadi milik PSV meskipun masih berbaki lima perlawanan lagi musim ini.
Advertisement
ππππ-ππ-ππππ-ππ-ππππ ππππππ°πππ π#HierInHetZuiden pic.twitter.com/tBeae2sEjx
β PSV (@PSV) April 5, 2026
Skuad Boeren itu mengumpul 71 mata selepas 29 perlawanan sekali gus meninggalkan Feyenoord yang meraih 54 mata sahaja.
Untuk rekod, ini merupakan kali ketiga secara berturut-turut dalam sejarah PSV memenangi gelaran. Kali terakhir mereka memenangi empat kejuaraan berturut-turut adalah pada tahun 1986-1989, dan mengulangi rekod itu pada tahun 2005-2008 untuk memastikan mereka kini telah meraih 27 gelaran liga secara keseluruhan.