Skip to main content

Sukan

PSAS : Pesanan S. Kumar kepada Apiz & Jimmy

KUMAR
Advertisement

Penjaga gol skuad hoki negara dikerah untuk mempersembahkan aksi konsisten pada kempen Piala Sultan Azlan Shah 2026 yang bakal membuka tirainya pada Jumaat menentang Korea Selatan.

Dua penjaga gol negara, Muhammad Hafizuddin Othman atau lebih mesra disapa Apiz dan Muhamad Zaimi Mat Deris (Jimmy) dituntut siap siaga berdepan sebarang kemungkinan sepanjang saingan edisi ke-32 itu berlangsung.

Ini kerana, dibawah kepimpinan Brendon Carolan kerap menggunakan khidmat dua penjaga gol beraksi dalam satu perlawanan berbanding kebiasaannya hanya seorang penjaga gol.

Senario ini terjadi ketika The Speedy Tigers muncul pasukan ketiga terbaik Trofi Juara-Juara Asia di India tempoh hari.

Selaku individu yang bertanggungjawab dalam sektor penjaga gol, S Kumar mencabar anak didiknya berada di kemampuan sebenar sepanjang kempen edisi kali ini.

Legenda hoki negara itu turut menganggap peranan penjaga gol ibarat nadi penentu kemenangan atau kekalahan dalam permainan hoki moden.

"Untuk skuad kebangsaan ini, kita perlukan dua penjaga gol yang bagus. Bukan soal siapa nombor satu dan siapa nombor dua".

Advertisement

"Siapa yang konsisten - dia yang akan bermain dahulu. Kemudian baru kita akan menggilirkan mereka. Contohnya, di Trofi Juara-Juara Asia, Hafizuddin dan Zaimi bergilir beraksi. Di Sukan Asia dan Piala Dunia, Zaimi nampak lebih konsisten, jadi dia akan meneruskan perjuangan masa itu", kata Kumar.

"Tidak semestinya kalau dia nombor satu, dia akan kekal nombor satu".

Advertisement

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video