Skip to main content

Hoki

PSAS: New Zealand awasi ketat kelibat Faizal Saari

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki

New Zealand kembali ke Malaysia dengan status gah iaitu selaku juara Piala Negara-Negara 2025 yang dianjurkan di Kuala Lumpur, Jun lalu.

Dan selaku pasukan ketiga terbaik Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) edisi tahun lalu, New Zealand melabel pertemuan pembukaan menentang Malaysia sebagai perlawanan yang bakal menentukan nasib pasukan, sama ada kekal dalam kelompok elit atau sebaliknya.

Advertisement

Dengan kehadiran pasukan handalan dunia, Belgium dan India, maka perebutan tiket ke final bersandarkan keputusan pembukaan menentang The Speedy Tigers.

Formula pihak lawan mudah, mereka bercadang menyekat gandingan trio serangkai yang diketuai Faizal Saari.

"Kami tahu mereka boleh beri ancaman dan perlu bersedia.

"Kami perlu hormati setiap gerakan kerana mereka mampu lancarkan serangan balas dengan pantas.

"Kami tahu ia akan menjadi sukar apabila bermain di sini, setiap pertemuan kami menjadi menarik dan menghiburkan penyokong.

"Kami perlu berjuang dari awal permainan lagi ketika bertemu Malaysa," katan ketua jurulatih New Zealand, Greg Nicol.

Sementara itu, Faizal kekal tenang pada ketika menyedari dirinya menjadi perhatian skuad Black Sticks.

Memori pahit pada pertemuan lalu menjadikan Faizal lebih peka dengan sebarang tingkah laku rakan sepasukan.

"Mungkin mereka mengikuti perkembangan saya selepas menjaringkan satu gol dan mencipta satu bantuan jaringan pada tahun lalu.

"Saya baru kembali bersama pasukan kebangsaan, saya perlu membiasakan diri dengan pasukan. Saya akan cuba jaringkan gol dan hasilkan sesuatu yang positif.

"Saya banyak pengalaman lawan New Zealand, jurang kekuatan kami juga tidak jauh. Kami pernah mendahului 3-0 tetapi kalah 3-4.

"Jadi kami kena kaji untuk perlawanan esok.

"Saya percaya dengan kehadiran saya, lebih banyak percaturan yang boleh dilakukan," katanya pula. 

Must Watch Video