Skip to main content

Hoki

PSAS: Menanti kaps pertama sebagai pemain baru dipilih, Zufar Saiful mahu buktikan sesuatu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zufar

'Rezeki tidak pernah salah alamat'

Frasa kata itu sering kali didengari dan siapa sangka rezeki berkenaan menjadi milik Zufar Saiful Marsita dan Nur Asyraf Ishak selepas dipilih mewakili Malaysia dalam Piala Sultan Azlan Shah (PSAS), bermula Ahad ini.

Advertisement

Ini kerana, pasca kempen Piala Tun Abdul Razak lalu, Zufar dan Asyraf merupakan antara lapan pemain diberi peluang berlatih bersama skuad negara hujung bulan lalu.

Peluang yang diberikan ketua jurulatih, Sarjit Singh atas dasar proses kesinambungan program berterusan hoki selepas Piala Tun Abdul Razak.

Namun, Zufar dan Asyraf menonjol ketika sesi latihan sehingga menarik perhatian barisan kejurulatihan negara.

Paling membanggakan, Zufar berjaya menjaringkan gol ketika perlawanan persahabatan menentang Korea Selatan serta India.

"Atas doa ibu bapa saya, Alhamdulillah saya terpilih dalam kalangan 18 pemain.

"Saya memang mensasarkan untuk bermain dalam kejohanan ini.

"Saya banyak bertanya tentang apa yang saya patut buat.

"Ini semua untuk memperkasa kemahiran saya membantu skuad negara," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.

Must Watch Video