Ketika ini sedang berlangsung proses penapisan setiap calon yang mendapat undian untuk bertanding bagi mengisi kerusi panas berhubung pencalonan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Meskipun mereka sudah menerima jumlah pencalonan minimal, situasi itu tidak menjamin apa-apa seandainya tiga tapisan utama gagal dipatuhi melibatkan Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan status mereka di Jabatan Insolvensi Malaysia.
Keputusan ini hanya akan diketahui dalam minggu pertama bulan Ogos, samaada mereka benar-benar layak untuk bertanding atau sebaliknya.
"Proses ini sedang berjalan, pada minggu pertama bulan Ogos 2026, FAM akan memaklumkan kepada semua calon sama ada mereka melepasi kriteria lulus pencalonan mereka ataupun tidak." kata Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor John.
Tanggal 2 September adalah tarikh akhir sama ada setiap calon berhasrat meneruskan niat untuk bertanding atau tarik diri dimana sehari selepas itu barulah Pengerusi Badan Bebas bagi Jawatankuasa Pemilihan mengumumkan senarai calon bertanding bagi baki penggal 2025-2029 sahaja.
"Ahli gabungan perlu tunggu bagi memastikan ahli gabungan yang layak untuk hadir dan mengundi bagi kongres akan datang, Jawatankuasa Pemilihan akan memaklumkan siapakah kelab dan ahli gabungan yang layak untuk mengundi." tambahnya.