Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita negara, Joel Cornelli, kekal bersama pasukan meskipun urusan perpindahan ke Indonesia di tahap terakhir menurut sumber media tempatan negara itu.
Katanya, segala dokumen telah selesai sejak 18 Mac lalu, namun pengendali Malayan Tigress itu tidak berganjak, malah memilih untuk terus mengemudi kem bola sepak wanita kebangsaan.
Advertisement
Laporan tersebut menjelaskan bahawa sebab utama jurulatih kelahiran Brazil itu menolak tawaran Madura United kerana mempunyai perancangan besar bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelang beberapa kejohanan penting.
Nama Cornelli bukanlah asing di Indonesia apabila pernah melatih Arema pada 2024.
Ketika ini, kemas kini laman Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menyaksikan skuad bola sepak wanita Malaysia menduduki ranking ke-92 dunia.