Tatkala kudrat tubuh tidak lagi memihak dan tanggungjawab keluarga mula memanggil, gelanggang yang pernah menjadi medan juang terpaksa dilepaskan perlahan-lahan.
Wanita luar biasa itu akhirnya memilih untuk menikmati saki-baki kehidupan dengan penuh kesyukuran.
Advertisement
Projek Ramadan yang dibawakan oleh Dong Feng Cars Malaysia bersama Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) menelusuri kisah selepas bergelar wira negara.
Nama Azizah Taib mungkin sudah lama tidak terpapar di dada akhbar, namun perjuangannya masih terpahat kemas di hati mereka yang mengenal erti pengorbanan.
Sekitar era 80-an, satu pemilihan anjuran jabatan kebajikan masyarakat membuka jalan yang tidak pernah disangka.
"Masa dulu, saya tidak begitu teringin menyertai sukan.
"Tapi terdetik di hati ingin juga merasai pengalaman menaiki kapal terbang.
"Barulah tahu betapa luasnya dunia ini. Keluarga pula susah.
"Sukan membuka lembaran baru," katanya kepada delegasi Projek Ramadan Nadi Arena.
Seorang wanita biasa melangkah menjadi atlet kebangsaan bukan kerana laluan mudah, tetapi kerana dia berani mencuba.
"PEKEMA mengalu-alukan sebarang kerjasama untuk program jangka masa panjang yang boleh memberi impak kepada masyarakat umum," kata wakil Ahli Lembaga PEKEMA.
"Alhamdulillah, kami berbangga dapat menyantuni bekas-bekas atlet menghadapi bulan Ramadan," kata Pengerusi YAKEB, Datuk Shapawi Ismail.