Skip to main content

Berita Sukan Am

Projek Ramadan: PEKEMA perluas bantuan menjelang sambutan Aidilfitri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pekema

Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) menerusi Yayasan PEKEMA memperuntukkan sebanyak RM720,000 untuk disumbangkan kepada golongan asnaf serta pelajar tahfiz bagi persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Presiden PEKEMA, Datuk Mohamed Nazari Noordin, selain daripada menyalurkan bantuan kepada kumpulan bekas atlet menerusi Projek Ramadan dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) dan Astro Arena, pihaknya juga meneruskan komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) tahun ini dengan menyantuni golongan memerlukan di seluruh negara.

Advertisement

Majlis Pelancaran Shopping Raya Zon Tengahdi ibu negara hari ini berlangsung penuh meriah dengan pemberian baucar sebanyak RM200 kepada lebih 500 peserta, terdiri daripada pelajar tahfiz serta asnaf di sekitar Lembah Klang.

"Untuk tahun ini, Yayasan PEKEMA telah membelanjakan sebanyak RM720,000 sebagai sumbangan buat golongan asnaf di seluruh negara," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

"Jadi, ia bukan sahaja di Lembah Klang tetapi kami memberikan sumbangan serupa di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor, Melaka, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak.

"Saya mengharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu persiapan mereka bagi bulan puasa dan Hari Raya tahun ini."

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video