Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Projek Ramadan Khas bakal temui anda 12 Mac ini

Nadi

Bunga api terang berseri,
Anak kecil riang ketawa.
Di Hari Raya kita berkongsi rezeki,
Moga yang susah turut bahagia.

Akhirnya episod kemuncak Projek Ramadan akan bersiaran pada 12 Mac ini melibatkan 10 bekas atlet hasil kerjasama penaja utama Dong Feng Cars Malaysia by CADB, anak syarikat Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) bersama-sama dengan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).

Advertisement

Selepas menelusuri perjalanan kisah penuh inspirasi bekas atlet negara antaranya Rozita Latip, Nekmat Jantan, Izhar Saidon dan juga Azizah Taib yang bakal bersiaran di Nadi Arena edisi Isnin, usaha sama daripada pihak penaja dan Bilik Berita Nadi Arena — episod kemuncak kepada usaha murni ini akan tertumpu kepada perbelanjaan kelengkapan hari raya tajaan Jakel Malaysia yang berbesar hati menjadi sebahagian daripada projek khas ini.

Nak tahu pengisian Projek Ramadan Khas dengan lebih terperinci, jangan lupa saksikannya di saluran 801 pada khamis ini jam 8.30 malam.

Anda juga boleh lawati media sosial Astro Arena untuk dapatkan bingkisan-bingkisan terdahulu Projek Ramadan 2026.

Topik Berkaitan

Must Watch Video