Skip to main content

Silat

Projek Ramadan 2026: Dari Gemilang Silat ke Kehidupan Tenang, ini kisah penuh inspirasi Rozita Latip

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Projek Ramadan 2026: Dari Gemilang Silat ke Kehidupan Tenang, ini kisah penuh inspirasi Rozita Latip

Insan ini pernah mengangkat maruah negara, dengan keringat, air mata dan doa. Ramadan ini, kita kembali bertanya: sudahkah jasa mereka kita balas seadanya? Projek Ramadan Nadi Arena menyingkap kisah bekas pesilat wanita negara, Rozita Latip.

Suatu ketika dahulu, nama Rozita Binti Latip bergema sebagai pesilat wanita negara, menjuarai pingat gangsa di Kejuaraan Dunia Silat 1997. Kejayaan ini menempatkan beliau sebagai antara ikon silat negara yang disegani di pentas antarabangsa.

Advertisement

Namun, hidup tidak selalunya setia pada kejayaan. Kecederaan bahu yang dialami di zaman kegemilangannya menjadi titik mula kepada rangkaian dugaan -- satu demi satu penyakit hadir tanpa amaran.

"Saya mengalami kecederaan bahu yang serius sehingga menjalani empat pembedahan secara keseluruhan.

"Tahun lalu, saya telah disahkan mengalami masalah jantung bengkak dan darah tinggi kronik.

"Selepas mengalami kemalangan pada 2016, saya disahkan mengalami kecacatan kekal pada bahu kanan."

Di sebalik ujian yang menekan jiwa dan jasad, Rozita memilih untuk melihat sisi indah kehidupan. Tanah hijau yang dimiliki menjadi ruang ‘healing’, tempat beliau kembali bernafas bersama alam, bercucuk tanam, dan mensyukuri nikmat yang ada di depan mata. Aktiviti ini bukan sahaja menenangkan minda, tetapi turut memberi kekuatan untuk melangkah ke hadapan.

Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, bantuan dan sokongan yang diterima Rozita dilihat sebagai seribu rahmat yang menguatkan langkah beliau. Penghargaan ini datang daripada tokoh seperti Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Datuk Ahmad Shapawi Ismail serta Presiden Persatuan Pengimpot Dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA), Datuk Hj. Mohamed Nazari Bin Noordin, yang terus memberi dorongan kepada bekas juara dunia itu untuk terus aktif dalam komuniti dan aktiviti sihat.

Kisah Rozita Latip adalah peringatan bahawa kejayaan di pentas dunia hanyalah satu bahagian daripada perjalanan hidup; kekuatan sebenar terletak pada kemampuan mengharungi cabaran, mensyukuri apa yang ada, dan memberi inspirasi kepada generasi muda.
 

Must Watch Video