Skip to main content

Bola Sepak

Projek khas bola sepak Curacao memang meledak

curacao.

Pernah tak terfikir, macam mana negara yang kecil macam Curacao boleh layak ke Piala Dunia?

Kalau ikutkan populasi, Curacao hanya memiliki kira-kira 158,000 penduduk sahaja, jumlah yang agak kecil kalau dibandingkan dengan Malaysia, 34.4 juta penduduk yang sememangnya gilakan bola sepak.

Satu fakta yang kita perlu tahu, bola sepak bukanlah sukan yang terkenal pun di Curacao dan dengan populasi yang kecil, mereka memiliki kekangan dari sudut mencari dan mengumpul pemain terbaik.

Media tempatan pernah melaporkan, revolusi bola sepak negara itu dimulakan pada 2004 dan pelantikan Patrick Kluivert sebagai ketua jurulatih pada 2015 menyemarakkan lagi projek khas yang disusun dengan penuh cermat selama bertahun-tahun.

Dalam tempoh 10 tahun untuk layak ke Piala Dunia buat kali pertama, tempat Kluivert terus melalui beberapa transisi termasuk nama-nama besar seperti Guus Hiddink dan Dick Advocaat yang membuatkan DNA Belanda semakin mempengaruhi identiti bola sepak Curacao.

Majoriti pemain Curacao sememangnya dibangunkan menerusi sistem bola sepak Belanda dan mengamalkan corak permainan 4-3-3 yang berasaskan penguasaan bola serta pembinaan serangan dari bawah.

Manakala antara pemain kelahiran Belanda yang direkrut adalah penjaga gol, Eloy Room yang muncul wira pasukan dengan menyelamatkan 15 percubaan tepat ketika mengikat Ecuador 0-0, penjaring gol tunggal ketika bertemu Jerman, Lovino Comenencia serta kapten, Leandro Bacuna yang merupakan tonggak pasukan ketika muncul juara kumpulan di kelayakan CONCACAF untuk tiket ke Piala Dunia 2026.

Untuk memastikan Curacao berada di landasan yang tepat, Advocaat yang juga jurulatih Belanda pada 1994 dan Korea Selatan pada 2006, menekankan elemen daya saing dan mentaliti kemenangan, maka tidak hairanlah Curacao tak nampak koyak langsung selepas tewas aksi pembukaan dan pastikan mereka rekod mata pertama Piala Dunia pada aksi kedua kumpulan.

Tak sabar pula nak tunggu perlawanan terakhir peringkat kumpulan babitkan Curacao dan Ivory Coast. Mencuri satu mata dari perlawanan itu nanti akan memberi debar kepada pasukan yang mengisi tangga ketiga. Bonus buat Curacao sekiranya menang kerana tiada siapa pun yang meramalkan Negara Kepulauan Caribbean itu boleh melangkah jauh pada debutnya.

Tetapi apa yang pasti, projek khas bola sepak Curacao ni memang meledak.

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Must Watch Video