Datuk Azizulhasni Awang diberi peluang untuk pilih pangkalan latihannya.
Itu antara intipati utama hasil daripada perbincangan semasa untuk kembali memasukkan juara kierin Sukan Komanwel 2026, pelumba Terengganu ke dalam Program Road to Gold (RTG) bagi persediaan ke Sukan Olimpik Los Angeles (LA) 2028.
Hal itu didedahkan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin, dengan melabelkan perbincangan untuk mengembalikan Azizulhasni ke Program RTG bakal menuju ke arah keputusan yang positif.
Pihak MSN sendiri melihat prestasi terbaik Azizulhasni banyak berlaku ketika menjalani sesi latihan di Melbourne dan jika itu kesesuaian untuknya, MSN tidak menolak untuk menyokong sepenuhnya pilihan tersebut.
"Dia masih berada dalam program latihannya sendiri.
"Azizulhasni memenangi Siri Piala Dunia dan Sukan Komanwel -- yang merupakan kejohanan yang sukar untuk dimenangi.
"Ini satu kejayaan buat kami, tapi terpulang kepadanya.
"Kami akan berikan sokongannya sepenuhnya, jangan risau.
"Yang penting adalah program latihannya (yang merangkumi); pendedahan pertandingan, pendedahan latihan danperkhidmatan sokongan daripada MSN serta peruntukkan daripada ISN (Institut Sukan Negara)," kata lagi.
MSN tetap akan menyediakan lain-lain bentuk sokongan buat atlet berusia 38 tahun itu seiring dengan keperluan bekas juara dunia itu menyiapkan diri menghadapi LA2028.
Dalam perkembangan berbeza, MSN masih belum pertimbang untuk menawarkan program rtg kepada perseorangan badminton negara lee zii jia yang ketika ini masih dalam proses pemulihan.
"Persembahannya tampak makin meningkat.
"Apabila Team LSZJ sudah bersedia untuk kelayakan Sukan Olimpik, kami akan panggil," katanya.