Skip to main content

Sukan Lain

Program Rookie Toyota Gazoo Racing buka laluan bakat muda permotoran

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

TGR

Sukan permotoran kini lebih inklusif menerusi kejayaan penganjuran Program Rookie Toyota Gazoo Racing (TGR) 2025 yang baru sahaja melabuhkan tirainya.

Program pembangunan bakat hasil pencarian menyeluruh menyaksikan Justin Rahul Dev muncul juara keseluruhan kelas rookie. Sejak musim perkenalan pada 2021, program ini menjadi pentas utama bagi membentuk bintang sukan permotoran empat roda negara.

Advertisement

Program Rookie TGR membuka peluang kepada bakat muda daripada pelbagai latar belakang, termasuk pelumba kart profesional, pelumba simulator e-sukan, serta pelumba amatur, sekali gus membimbing mereka ke tahap yang lebih tinggi dalam sukan permotoran.

Lima graduan program Rookie TGR musim kelapan, diketuai juara keseluruhan Justin Rahul Dev, termasuk Harkiesh Geeva, Ian James, Aydan Khaliq dan Genevieve Ooi, dicanang sebagai prospek ikon permotoran masa hadapan.

Peserta juga diberi pendedahan daripada aspek penjagaan imej dan personaliti, kemahiran teknikal, disiplin sebagai pelumba elit, serta elemen kebolehpasaran.

“Terima kasih kepada Toyota Gazoo Racing atas peluang ini. Kerjaya permotoran saya tidak akan ke mana tanpa kalian.

"Saya bermula dengan TGR Campus Tour 2023 dan sangat gembira Toyota mempercayai saya serta memberi peluang untuk membuktikan bahawa saya boleh menjadi juara,” ujar Justin Rahul Dev

"Saya sangat gembira dan berterima kasih kepada Toyota Gazoo Racing Malaysia atas peluang hebat ini untuk menyertai program Rookie. Ia platform yang menakjubkan dan memberi cabaran yang sangat menarik,” kata Ian James Kok Jing

“Teruskan berusaha kerana saya sendiri tidak pernah sangka akan berada di tahap ini. Dengan usaha gigih dan impian besar, saya berjaya sampai ke sini. Anda juga boleh, teruskan berjuang." kata Genevieve Ooi

Must Watch Video