Nampaknya tekanan makin dirasai adik bongsu Johan Ghazali, Emylia Lynn Ghazali, atau lebih mesra disapa Mia Ghazali menjelang saingan muay thai Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 sebaik abangnya, Jojo memuat naik pesanan ringkas di akaun Instagram miliknya -- "Pressure is on you Mia".
Tekanan yang dimaksudkan Jojo adalah untuk Mia menghadirkan pingat emas buat kontinjen Sarawak kali ini selepas adik beradiknya yang lain semuanya tanpa gagal membutirkan emas di setiap penampilan SUKMA.
Elias dan Jojo raih pingat emas SUKMA edisi 2022, sebelum pencapaian itu dituruti Mikail Ghazali yang pastikan kilauan emas di laman sendiri, SUKMA Sarawak 2024.
A post shared by MUHAMMAD JOHAN "JOJO" GHAZALI (@johanghazali_)
Saingan muay thai SUKMA bakal membuka tirai 19 Ogos ini dengan Juara Kejohanan EFC di Singapura Julai lalu, Mia meletak sasaran pingat emas untuk dibawa pulang buat kontinjen Sarawak.
Apakah Mia akan pastikan kesinambungan kejayaan anak-anak Ghazali di SUKMA?
KSL Esplanade Mall bakal jadi saksi -- 12 pingat emas yang dipertandingkan, salah satunya bakal direbut Mia.