Skip to main content

Sepak Takraw

Presiden PSM sedia atur perbincangan libat hasrat pemain senior mahu bersara

FF
Advertisement

'Jika perlu kami sedia pujuk' 

Itu ungkapan Presiden Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan, yang sedia mengatur perbincangan lebih lanjut melibatkan hasrat beberapa pemain senior untuk bersara.

Advertisement

Perkara itu atas dasar keperluan skuad kebangsaan berhadapan beberapa temasya besar tahun hadapan seperti Piala Raja Thai dan Piala Dunia Indonesia termasuk Malaysia menjadi tuan rumah untuk Sukan SEA 2027

"Kita perlu lihat daripada sudut dimana kesesuaian posisi mereka, jika posisi mereka ada pelapis berpotensi besar boleh bersaing di peringkat antarabangsa tiada masalah.

Advertisement

"Tetapi sekiranya posisi mereka ada pengganti tetapi belum sampai tahap antarabangsa maka perlu berbincang dengan pemain itu, kami tidak menghalang pemain yang sudah tiba masa untuk bersara.

"Tidak mahu menghalang juga, nanti beri tekanan pula," katanya.

Selepas cemerlang meraih emas dalam acara berpasukan di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, tumpuan skuad Golden Tigers kini terarah sepenuhnya dalam saingan Sukan SEA Malaysia tahun depan.

Menerusi empat acara yang bakal di pertandingakan, Sumali mengharapkan bakal berlaku istilah 'sapu bersih' melibatkan skuad negara dalam aksi yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur nanti.

Sebagai juara bertahan bagi acara regu dan berpasukan, Sumali mengakui tekanan yang bakal dilalui, namun hal itu bukan isu besar sekiranya Malaysia dalam keadaan benar benar bersedia sepenuhnya.

"Untuk dapatkan sebanyak emas di Sukan SEA, kebetulan tahun depan juga bercadang adakan empat acara (regu berpasukan, regu, kuadran, double) bergantung kepada keputusan terakhir nanti.

"Saya rasa pemain akan lebih bersemangat, cuba perlu lihat adakah pemain sedia ada akan dikekalkan, atau ada rombakan. Lihat pada kesesuian." tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video