Skip to main content

Sepak Takraw

Presiden PSM cadang hadiah SHAKAM wajar disemak dan dikaji semula bagi acara berpasukan

sumali.j
Advertisement

Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) dan juga CDM Sukan Asia Aichi Nagoya yang lepas, Datuk Wira Mohd Sumali Reduan ketika dihubungi penulis menyambut baik dan mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) atas usaha mengekalkan Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) sebagai pengiktirafan kepada atlet yang berjaya mengharumkan nama negara.

Bagaimanapun, beliau mencadangkan supaya struktur pemberian insentif SHAKAM disemak semula bagi memastikan ganjaran kepada atlet acara berpasukan lebih adil serta seimbang.

Advertisement

Cadangan itu wajar diberi perhatian apabila terdapat perbezaan ketara dari segi jumlah ganjaran yang diterima atlet meskipun kedua-duanya menyumbang pingat emas untuk negara.

Perbandingan paling jelas dapat dilihat menerusi ganjaran emas Sukan Asia 2026 apabila atlet acara individu menerima RM80,000 seorang, manakala atlet sepak takraw acara regu berpasukan menerima RM15,000 seorang.

Advertisement

Perbezaan sebanyak RM65,000 itu menimbulkan persoalan mengenai struktur pengagihan insentif, khususnya bagi sukan acara berpasukan.

Sukan seperti sepak takraw, bola sepak, hoki serta sukan lain yang membabitkan lebih lima pemain turut menuntut pengorbanan besar, latihan intensif dan persiapan panjang. Malah, ada pertandingan yang memerlukan atlet beraksi selama berjam-jam bagi menentukan kemenangan.

Kejayaan sesebuah pasukan pula bukan bergantung kepada seorang individu, sebaliknya hasil kerjasama, disiplin, strategi dan pengorbanan keseluruhan pemain.

Justeru, semakan terhadap kadar ganjaran SHAKAM perlu dipertimbangkan agar atlet acara berpasukan turut mendapat pengiktirafan yang setimpal dengan sumbangan mereka.

Cadangan ini bukan bermaksud mengurangkan ganjaran atlet individu, sebaliknya mencari pendekatan lebih seimbang supaya setiap atlet yang mengharumkan nama negara mendapat penghargaan sewajarnya.

Apa yang penting, kejayaan membawa pulang pingat untuk Malaysia adalah kejayaan negara, tidak kira sama ada ia dilakar secara individu mahupun berpasukan.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video