Skip to main content

Bola Sepak

Presiden kehormat bola sepak Jepun cabar Infantino rebut kerusi panas FIFA

Presiden kehormat bola sepak Jepun cabar Infantino rebut kerusi panas FIFA
Advertisement

Presiden kehormat Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA), Kozo Tashima, mengumumkan hasrat untuk mencabar Gianni Infantino dalam pemilihan jawatan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang dijadual berlangsung pada Mac depan.

Tashima menjadi calon kedua yang menyatakan hasrat bertanding sebelum tarikh akhir pencalonan pada 18 November, selepas bekas pemain Tottenham Hotspur, Ramon Vega.

Advertisement

Bagaimanapun, masih belum jelas sama ada Vega memperoleh sokongan sekurang-kurangnya lima daripada 211 persatuan anggota FIFA, syarat minimum untuk melayakkan seseorang calon berada dalam senarai pemilihan.

Tashima pula dijangka tidak berdepan kesukaran mendapatkan pencalonan, selain difahamkan mempunyai sokongan Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).

Advertisement

Menurut laporan media, bekas pemain antarabangsa Jepun itu turut mempunyai hubungan baik dengan beberapa pihak di Eropah dan mengadakan perbincangan bersama pegawai UEFA ketika Kongres Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Tokyo bulan lalu.

“Saya bersyukur kerana dapat membuat pengumuman ini dengan sokongan penuh Persatuan Bola Sepak Jepun.

“Ia bukan soal menang atau kalah, sebaliknya menyampaikan kepada dunia sikap jujur, sihat dan berintegriti yang dibina bola sepak Jepun. FIFA memerlukan nilai-nilai yang selama ini kami pertahankan,” kata Tashima kepada akhbar Sports Nippon.

Pencalonan Tashima hadir ketika hubungan antara UEFA dan kepimpinan Infantino dilaporkan semakin tegang, susulan usaha UEFA mencari calon yang mampu mencabar presiden FIFA itu.

Perkembangan itu juga menarik perhatian selepas Presiden AFC, Sheikh Salman bin Ibrahim Al Khalifa, secara terbuka menyatakan sokongan kepada Infantino dalam kongres di Tokyo, meskipun sebelum ini pernah sehaluan dengan UEFA dan Konfederasi Bola Sepak Amerika Utara, Tengah dan Caribbean (Concacaf) dalam usaha menentang kepimpinannya.

Kehadiran Tashima berpotensi memecahkan undi dalam kalangan anggota AFC, selain dijangka mendapat sokongan daripada beberapa negara Eropah dan Concacaf.

Namun, Infantino masih dilihat memiliki sokongan kukuh daripada beberapa negara utama di Asia, termasuk Qatar dan Arab Saudi, selain negara-negara Afrika serta Amerika Selatan.

Dia dijangka memburu sekurang-kurangnya 106 undi bagi mendapatkan mandat untuk penggal keempat.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video