Skip to main content

Bola Sepak

Presiden FIFA terima tamparan hebat! UEFA, CONCACAF isytihar hilang kepercayaan!

v

Badan pentadbir bola sepak Eropah (UEFA) dan Konfederasi Bola Sepak Amerika Utara, Tengah dan Caribbean (CONCACAF)  'telah hilang keyakinan' terhadap kepimpinan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang diketuai presidennya, Gianni Infantino, meskipun sudah menarik balik pelan pelaburannya.

Perkara itu susulan cadangan Infantino untuk menjual pengangan dalam entiti yang menguruskan Piala Dunia --mengumpul sehingga $4.2 bilion (RM17.2 bilion) dengan menjual kira-kira 20% pegangan dalam unit baharu yang akan mengendalikan acara FIFA, termasuk Piala Dunia, sekali gus meletakkan nilai syarikat itu pada AS$20 bilion (RM81.7 bilion)-- kepada pelabur swasta.

Semalam, Infantino, menjelaskan badan induk bola sepak dunia itu telah membatalkan rancangan itu dengan menjelaskan : "Selepas mendengar dengan teliti semua pandangan, jelas sekali bahawa projek itu telah mewujudkan perpecahan tanpa mengira tahap sokongan, tidak lagi demi kepentingan objektif yang ditetapkan pada mulanya." kata Infantino.

UEFA, Bersama 55 ahlinya sebulat suara menolak cadangan itu minggu lalu, selain CONCACAF pula mendakwa cadangan itu dikemukakan di luar proses tadbir urus, tiada ketelusan, perundingan yang sewajarnya.


"Kepimpinan FIFA semasa bukan sahaja telah kehilangan keyakinan UEFA tetapi juga ramai ahli keluarga bola sepak yang lain.

"UEFA mengucapkan terima kasih kepada semua peminat, liga, kelab, pemain, individu, persatuan dan konfederasi yang menentang skim ini, bersama ramai Perdana Menteri, Ketua Negara dan pengulas yang telah menunjukkan kepada Presiden FIFA bahawa bola sepak tidak untuk dijual." kata UEFA dalam satu kenyataan.
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video