Skip to main content
Advertisement

Bola Sepak

Presiden FAM: Tiada orang baru ke? -- Khairy Jamaluddin

jj

Pemilihan kepemimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangkakan berlangsung dalam suasana paling kompetitif apabila difahamkan tiga individu dicalonkan bagi merebut jawatan presiden pada kongres pemilihan badan induk itu.

Bagaimanapun, bekas Menteri Belia Dan Sukan (KBS), Khairy Jamaluddin, mempunyai pandangan berbeza dengan melihat calon lain lebih berkelayakan berada di posisi tersebut dengan satu pertanyaan tepat ditanyakan ketika temubual eksklusif bersama Nadi Arena.

Difahamkan tiga calon yang berpotensi merebut kerusi panas itu adalah Presiden Kehormat FAM sendiri, Tan Sri Hamidin Mohd Amin, Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan, dan juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar.

"Tiada orang baru ke? Jika mahu katakan itulah. Berapa ramai calon ketika ini?" katanya seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

 

 

 

 

Antara fokus yang dijangkakan menjadi perhatian perwakilan ialah usaha memperkasakan pembangunan akar umbi, meningkatkan mutu pertandingan domestik, memperkukuh struktur kewangan persatuan serta melonjakkan prestasi skuad kebangsaan di pentas antarabangsa.

Pemilihan kali ini dilihat sebagai medan penting dalam menentukan hala tuju bola sepak negara bagi tempoh lima tahun akan datang, terutama ketika malaysia berusaha meningkatkan kedudukan ranking dunia serta memburu kejayaan dalam kejohanan utama Asia.
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video