Skip to main content

Bola Sepak

Presiden FAM: 'Ini akan beri keyakinan, individu dipilih itu memang bersih'

sas

Bekas Penolong Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Rosli Hussein, menyokong ketegasan proses tapisan calon Presiden badan induk bola sepak negara itu seperti yang digariskan Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor John, bagi memastikan hanya individu berintegriti layak bertanding.

Menurut Rosli, tapisan melibatkan Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Insolvensi Malaysia mampu meningkatkan keyakinan pengundi serta peminat bahawa presiden yang dipilih benar-benar bersih dan berintegriti.

"Saya sangat setuju dengan saranan Windsor, kerana tapisan ini daripada segi rekod jenayahnya, rasuahnya dan sama ada muflis atau tidak.

"Ini akan memberikan keyakinan buat pengundi, jika salah seorang dilantik nanti memberikan keyakinan buat peminat, bahawa orang yang dilantik itu memang bersih." katanya.

Terdahulu, Windsor memaklumkan proses tapisan calon sedang berjalan dan keputusannya akan diumumkan awal bulan depan.

Walaupun sudah menerima pencalonan minimum, setiap calon masih perlu melepasi tapisan SPRM, PDRM dan Jabatan Insolvensi Malaysia sebelum disahkan layak bertanding.

Rosli yang juga bekas pemain kebangsaan tegas berpandangan mana-mana calon yang gagal melepasi tapisan tidak sepatutnya dibenarkan meneruskan pencalonan.

"Apa kontroversi yang ada boleh dihilangkan susulan tapisan itu, tetapi itu hanyalah tapisan pertama dan saya harap orang yang ada masalah tidak diteruskan dan dihentikan.

"Orang yang berpangalaman pun tidak semestinya boleh membantu mereka dalam scenario baru, orang baru juga tidak semestinya tiada pengalaman.

"Kita perlu perkara ini terbuka, FAM kini perkara baru dan bukan yang lama." kongsinya.


Tanggal 2 September menjjadi tarikh akhir untuk setiap calon mengesahkan untuk bertanding atau menarik diri sebelum senarai rasmi calon diumumkan sehari kemudian oleh pengerusi badan bebas jawatankuasa pemilihan.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video