Skip to main content

Badminton

Presiden BAM optimis isu disiplin dalam kem badminton negara 'ada kemajuan'

B

Menjelang Kejohanan Badminton Dunia BWF yang akan bermula 17 Ogos depan, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, memaklumkan isu disiplin dalam kalangan pemain negara sebelum ini tidak lagi menjadi kegusaran apabila mereka semakin berubah ke arah lebih positif.

Perkara itu sekali gus menyaksikan BAM optimis pendekatan itu mampu menjelmakan keputusan terbaik di India apabila kesemua pemain lebih sedar akan komitmen diperlukan untuk tampil cemerlang.

Tengku Zafrul yang membuat penampilan khas di Klinik Bola Sepak Akademi TZA hari ini berkongsikan barisan kejurulatihan ketika ini turut melihat peningkatan daripada aspek corak permainan serta cara pemain mengawal mental ketika beraksi.

"Perbincangan saya dengan pasukan kami terutamanya jurulatih-jurulatih, kami memang memberikan tumpuan pada aspek disiplin, ia penting.

"Kita lihat mereka ada teknik, tetapi jika perkukuhkan disiplin dalam kalangan pemain junior, InsyaAllah mereka boleh berjaya.

"Nampak ada kemajuan, mungkin ada yang kata kami terlalu tegas tetapi kami mahu satu pasukan yang berdisiplin tinggi.
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video