Johor Darul Ta'zim (JDT) meraih pengajaran berguna dalam jelajah pramusim di Sepanyol ketika diuji kelab Liga Pro Saudi, Al Ettifaq, sebentar tadi.
Barisan kendalian Xisco Munoz itu menghasilkan dua gol melalui Shahab Zahedi dan Bergson Da Silva di penghujung perlawanan ketika tumbang 2-3 kepada Al Ettifaq dalam aksi kedua pramusim berkenaan selepas mengikat gergasi Scotland, Rangers, 2-2 tiga hari lalu.
Harimau Selatan akan berdepan aksi seterusnya esok menentang kelab tempatan, CD Contestano sebelum melengkap enam lagi aksi sebagai persiapan mengharungi musim Liga Malaysia (Liga-M) 2026/27.