Skip to main content

Bola Sepak

Polis Republik Czech tahan puluhan individu disyaki atur perlawanan, rasuah pengadil

red

Pihak Polis Republik Czech melakukan serbuan dan menahan puluhan individu yang terpalit melakukan pengaturan perlawanan dan rasuah dalam sukan bola sepak di negara itu.

Ketua Pendakwa Raya Negeri, Radim Dragoun, menjelaskan siasatan akan diperluaskan di beberapa lokasi lain dalam Republik Czech selain melakukan penggeledahan rumah dan premis.

Advertisement

Malah, Persatuan Bola Sepak Republik Czech (FACR) juga menjelaskan jawatankuasa etikanya telah melancarkan 47 prosiding tatatertib, terutamanya susulan disyaki rasuah dan pengaturan perlawanan yang melibatkan kelab, pegawai, pengadil dan pemain sendiri.

"Daripada perspektif kami, siasatan berjalan panjang dan berjaya, kami melihat beberapa laporan aksi yang mencurigakan di media sosial.

"Begitupun, tidak masuk akal untuk beralih kepada satu aksi sahaja,tetapi untuk menangani secara sistematik bagi menghapuskan masalah ini." kata pegawai integriti persatuan itu, Kamil Javurek.

 

Must Watch Video